TERM & CONDITION

1)   Sebarang order adalah berdasarkan FIRST COME    FIRST SERVE  dan order hanya akan diproses setelah bayaran penuh diterima.

- kami akan ambil order siapa yang masuk dahulu dan boleh buat payment dalam masa yang ditetapkan....nak bayar lambat tak kisah tapi kena tanya balik item tu ada lagi atau dh sold out ok :D

2)   Sebarang order / item telah diperiksa dengan teliti dan berada dalam keadaan baik sebelum dihantar kepada pelanggan....kiranya dah buat second QC tau.

3)   Item yang telah dijual TIDAK BOLEH dikembalikan/ ditukar kecuali ada kesilapan dari pihak kami.

4)   Harga yang dipaparkan adalah TETAP dan tidak termasuk kos penghantaran (kecuali dinyatakan sebaliknya).

- kalau tiba-tiba anda dapat diskaun tu kira rezeki la ye hehe

5)   Pembayaran mesti dibuat dalam tempoh 24 jam, jika tiada, order anda akan direlease dan dibuka kepada orang lain....Strictly NO CANCELLATION selepas reservation dibuat.

-kami akan reserve dalam masa 24 jam sahaja ye...kalau nak reserve lebih dari tempoh tu mestilah disertakan dengan 50% deposit....sebelum ini tempoh reservation 2 hari tetapi memandangkan terlalu ramai yang order lepas tu senyap dan kami tidak mahu menghampakan pelanggan yang betul2 berminat, jadi tempoh reservation itu terpaksa ditukar ^_^ 

6)   Untuk serious buyer sahaja (order sekiranya anda bersedia untuk membelinya)….kesian kt orang lain yang betul2 berminat ye hehe

7)   Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan barangan semasa dalam proses penghantaran. Dengan membeli barangan dari kami, anda telah bersetuju dengan Terma  & Syarat yang telah ditetapkan.

- tapi kalau ada apa-apa masalah dengan pihak Pos Malaysia, contohnya item lambat sampai ke boleh maklumkan ye...kami akan cek dengan pihak berkenaan.



Thanks & Happy Shopping